Case Study: Kelakuan Manusia

8667 Words35 Pages

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kelakuan manusia atau sifat biasa manusia sentiasa mahu menjadi nombor satu dan menjadi yang terbaik di kalangan mereka. Manusia akan sentiasa berlumba antara satu sama lain untuk mendapatkan kepentingan diri dan ingin mencapai matlamat mereka sendiri. Seperti yang kita tahu konflik yang paling besar dan berbahaya adalah antara negeri yang merupakan perang yang melibatkan banyak individu. Apa yang dimaksudkan dengan perang? Menurut Kamus Oxford pengertian perang adalah keadaan konflik bersenjata antara negara atau negeri yang berlainan atau kumpulan yang berbeza dalam sebuah negara atau negeri. Penjelasan lanjut adalah apabila perbezaan puak, negeri, negara, masyarakat politik yang melibatkan lebih daripada …show more content…

Kumpulan pengganas akan menggunakan cara merampas, pembunuhan, penyeksaan, pengeboman, penculikan, dan serangan bersenjata . Sebagai contoh pengeboman yang berlaku di Bali pada tahun 2002 yang melibatkan 202 orang terkorban dan 209 orang tercedera. Kebanyakan jumlah mangsa pengeboman adalah di kalangan warga asing. Peristiwa ini dianggap sebagai tindakan terrorisme yang terburuk di Indonesia. Terrorisme pada abad ke-21 ini lebih menyifatkan kegunaan teknologi bagi memudahkan serangan keganasan dan mengurangkan jumlah kematian anggota pengganas. Justeru, kumpulan pengganas akan merekrut anggota yang mahir dalam bidang teknologi dan melatih anggota yang lain bagi memahiri kemahiran tersebut. Medium teknologi yang sering digunakan adalah melalui laman sesawang. Kumpulan al-Qaeda menjadikan laman sesawang Yahoo bagi menyebarkan idealogi melalui penghantaran email. Mereka menggunakan perkhidmatan yang terdapat dalam Yahoo fungsi perbualan, facebook, email, blog dan …show more content…

Kejadian ini telah menyebabkan jumlah kematian seramai 2,997 orang dan 6000 orang tercedera. Pelaku telah disahkan dilakukan oleh kumpulan pengganas al-Qaeda melalui rampasan 4 buah kapal terbang. Perampas kapal terbang tersebut dengan sengaja melanggar bangunan WTC menyebabkan bangunan yang menjadi simbolik keanggungan Amerika Syarikat roboh. Kejadian ini telah meletakkan kedudukan agama Islam lebih terancam di mana kejadian ini disabitkan oleh gerakan extremis Islam iaitu al-Qaeda. Keadaan menjadi lebih buruk apabila Presiden Amerika Syarikat, George. W Bush telah melancarkan kempen ‘Perang Global Menangani Keganasan’ atau Global War On Terror. Meskipun kempen ini secara fokusnya mahu menghapuskan pergerakan militan extremis Islam seperti al-Qaeda, tetapi kesannya menjalar keseluruhan gerakan Islam mahupun orang Islam di seluruh

Open Document